kata kunci

Isnin, 1 Januari 2018

PEMBUKAAN 2018

·          
Delegasi Sri Lanka berminat kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan


Osman Muhammad (duduk empat dari kiri) dan Azmie Arshad (lima dari kanan) bersama-sama delegasi ketika melawat bengkel Automotif Servis Selepas Jualan KV Kajang baru-baru ini.
01 Januari 2018 3:00 AM
Delegasi dari Sri Langka yang terdiri daripada 30 orang pengetua-pengetua dari sekolah ketukangan negara itu telah melawat Kolej Vokasional Kajang baru-baru ini.
Objektif utama delegasi ini adalah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi memantapkan lagi pendidikan teknik dan vokasional di negara mereka.Menurut Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kajang Osman Muhamad,dalam lawatan tersebut,mereka amat tertarik dengan program Automotif Servis Selepas Jualan yang dijalankan melalui kaedah sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang mana lebih berorentasikan kemahiran sebenar di industri.
Dalam lawatan tersebut delegasi telah diberi penerangan secara menyeluruh menegenai program yang dijalankan oleh Ketua Unit SLDN Automotif Servis Selepas Jualan Kolej Vokasional Kajang,Azmie Arshad.
Sesi berkenaan juga dihadiri oleh beberapa orang kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi urusetia lawatan delegasi tersebut.
Selain itu,para delegasi juga dibawa melawat ke bengkel untuk melihat kemudahan peralatan yang ada di kolej.Perkongsian idea dan percambahan minda di peringkat global ini memberi banyak manfaat dan impak yang positif bagi memperkasakan lagi latihan kemahiran kepada kedua-dua pihak.
Selain diberi taklimat, de­le­gasi juga dibawa melawat bengkel dan kemudahan peralatan yang ada di kolej.
Perkongsian idea dan percam­bahan minda di peringkat global.
Usaha itu sekali gus memberi pelbagai manfaat dan impak yang positif bagi memperkasakan lagi latihan kemahiran kepada kedua-dua pihak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KONVOKESYEN BATCH 2023/2024